Assalamualaikum bakal2 jenazah semua.
Entry kali ni berbeza sedikit, sebab saya akan mengetengahkan tajuk " Perigi Cari Timba ".
Mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa tidak salah jika perempuan yang memulakan dahulu kerana mahu lelaki yang dia mahukan itu dapat pimpin dia ke arah yang lebih baik dan jadi seorang muslimah yang berjaya dunia dan akhirat.
Tetapi bagi saya, memang xsalah tetapi apabila perempuan itu terhegeh-hegeh dan tak mencerminkan langsung ciri2 seorang muslimah mungkin akan mengubah persepsi sesetengah orang terhadap wanita2 yang menganuti Islam.
Contohnya :
1) Meminta bergambar berdua dengan lelaki itu tetapi lelaki itu menolak dan anda menangis kerana tidak dapat bergambar dengan dia. *kenapa perlu begitu wahai rakan? kan x molek macam tu?*
2) Cemburu jika dilihat lelaki itu memberi tunjuk ajar kepada perempuan lain dalam hal akademik. *xbaik cemburu buta awak, tetapi lelaki itu xda hubungan apa-apa pun dengan awak*
3) Saya pilih dia sebab akhlak dia, personaliti dia. Bukan sebab dia kacak atau harta. *awak, mungkin tu cuma bermain di mulut sahaja. tapi di hati kita?*
Ok, saya bg 3 contoh jelah. Tak nak berlebih-lebih. Nanti takut dikatakan over. :3
Bawah ini, saya ad sertakan beberapa gambar berkaitan " Perigi Mencari Timba "
Semoga kita dijauhkan dari sebarang perkara yang mengaibkan diri ini. Semoga esok lebih baik dari hari ini. Semoga iman kita kepada Allah swt sentiasa dijaga dan di'update' :).
IN SHAA ALLAH !





ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق